19 July 2017

26 April 2017

10 April 2017

26 August 2016

01 August 2016

05 June 2016

Majlis Pelancaran Single "Tanpa Dirimu" - Faizal Ramliy


31 Mei 2016 - Saloma Bistro.
Satu ketika dahulu nama Faizal pernah diangkat sebagai penghibur setelah memenangi program realiti Akademi Fantasia pada tahun 2005.
Impak dari kemenangan itu membuatkan namanya popular seiring bersama barisan selebriti yang lain sehinggakan beliau pernah menerima anugerah Artis Baharu Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006. Namun, kerana beberapa faktor, Faizal telah mengambil keputusan untuk menyepikan diri seketika dari dunia seni ini.



Setelah 8 tahun mendiamkan diri dari dunia hiburan, Faizal Ramliy atau dahulunya lebih dikenali dengan panggilan Faizal AF4 kini hadir dengan single terbaru bertajuk "Tanpa Dirimu".
Menariknya "Tanpa Dirimu" merupakan single Faizal Ramliy menerusi sentuhan komposer yang juga rakan baiknya iaitu Aidil Zamri (AF) dan lirik hasil ciptaan Shamhiri menggunakan genre balada. "Tanpa Dirimu" mengisahkan tentang luahan kesunyian jiwa seorang jejaka terhadap wanita yang dicintai pergi dari hidupnya.




Tahun 2016 ini bakal menyaksikan kemunculan Faizal Ramliy yang baru. Faizal akui jika dahulu percaturan yang dirancang gagal di tengah jalan.. Tetapi kali ini beliau bangkit untuk mengeruskan cita-citanya sebagai anak seni dengan perancangan yang lebih sempurna.
Terhasilnya single ini juga dilihat sebagai medium utama bagi mendekatkan kembalik aura "Faizal Ramliy" kepada peminat diluar sana sekaligus menjenamakan dirinya sebagai penyanyi dan pelakon. Menurut Faizal, comebacknya ini seolah-olah dialu-alukan oleh masyarakat sekeliling apabila beliau telah dilamar untuk menjadi duta kepada sebuah produk kecantikan iaitu Beauty 18 menerusi syarikat Care Synergy Sdn Bhd.



Turut hadir di Majlis Pelancaran ini, Dato Seri Abu Hassan (DPUKM), Astro, TV3, Rakan Artis, Keluarga serta wartawan.


Official Music Video

p/s ~ terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan PA System dari 

SR Pro Sound ;)